Teknologi Cellebrite Digunakan Untuk Mengakses Telefon Samsung Milik Penembak Donald Trump

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita paling hangat di Amerika Syarikat minggu ini ialah insiden percubaan membunuh calon presiden Donald Trump ketika acara rapat umum di Pennsylvania pada 13Julai lalu. Trump hanya cedera di bahagian telinga tetapi seorang hadirin meninggal dunia. Beberapa hari selepas insiden, FBI mengumumkan mereka berjaya mengakses kandungan telefon pintar yang digunakan oleh penembak.

image is not available
Mesin Cellebrite

Washington Post melaporkan, pada awalnya FBI gagal mengakses kandungan telefon pintar jenis Samsung yang digunakan oleh Thomas Matthew Crooks. Tetapi syarikat Cellbrite memberikan kemas kini perisian baharu kepada FBI yang membolehkan sistem penyulitan telefon yang modelnya tidak didedahkan dipintas dalam masa 40 minit.Pihak FBI masih sedang mencari motif di sebalik serangan yang dilakukan ke atas Donald Trump.

Dalam insiden pengganas di San Bernadino pada tahun 2015, teknologi Cellebrite digunakan untuk mengakses kandungan telefon iPhone 5C milik penyerang. Insiden ini mendapat liputan meluas kerana Apple enggan membantu FBI memintas sistem penyulitan iPhone atas dasar privasi pemilik.