Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

15 Jul 2024 • 9:40 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.

Trump yang mewakili parti Republik bagaimanapun bernasib baik kerana hanya cedera pada bahagian telinga.

Pelakunya pula mati setelah ditumpaskan oleh pihak Secret Service atau agen rahsia yang bertindak pantas selepas insiden berlaku.

Setelah diselidik, FBI mengeluarkan kenyataan berkaitan identiti pembunuh.

Pemuda yang mati dikenali sebagai Thomas Matthew Crooks. Berasal dari Pennsylvania, Crooks hanya berusia 20 tahun, lapor NBC.

Dalam insiden sama, seorang peserta kempen terbunuh manakala dua lagi cedera.

Ironi insiden penembakan sewaktu melakukan kempen atau percubaan bunuh terhadap tokoh ternama bukan pertama kali berlaku. Berikut antara kes berprofil tinggi yang telah menggegarkan dunia.

John Lennon Ditembak Peminat











Faisal Halim Kena Simbah Asid

Seluruh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden serangan terhadap pemain Harimau Malaya dan pasukan Selangor FC,  Faisal Halim pada 5 Mei 2024.

Faisal telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Sempat ditempatkan di lokasi rahsia, Faisal akhirnya membuat kemunculan perdana selepas lebih satu bulan insiden buruk yang menimpa dirinya.

Pada majlis sidang media yang berlangsung, Faisal menunjukkan kesan kecederaan akibat disimbah asid selain membuat pengakuan hampir berputus asa untuk bermain bola.

“Saya katakan kepada keluarga saya, saya tidak kisah hilang gaji saya berpuluh ribu, saya hanya mahu pulang ke kampung untuk tenang. 

"Saya sanggup bekerja dengan gaji RM100, RM50 sehari asalkan keluarga saya selamat, saya tidak perlu hidup dalam ketakutan,” katanya.

Namun beliau memperoleh semangat untuk kekal bermain bola atas sokongan semua pihak.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa termasuk belum menemui individu yang telah melakukan khianat terhadap Faisal.

Mahatma Gandhi Maut 3 Das Tembakan