Telegram Dijangka Perkenal Ciri “Stories” Untuk Semua Melalui Kemaskini Akan Datang – Tidak Terhad Untuk Pengguna Berbayar

TechnologyDigital
14 Aug 2023 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram buat masa ini sedia menawarkan sokongan Telegram Stories yang memudahkan pengguna berkongsi gambar, video atau teks yang hilang selepas suatu tempoh masa – lebih kurang seperti pada Instagram atau Facebook. Namun, ciri ini hanya terhad kepada pengguna berbayar Telegram Premium sahaja buat masa ini.

Melalui kemaskini Telegram Beta terbaru, pihak Telegram dilihat telah mengaktifkan ciri berkenaan untuk semua pengguna perkhidmatan permesejan tersebut – walaupun tidak melanggan pelan Telegram Premium.

image is not available

Sebaik sahaja ia ditawarkan kepada versi stabil, ia dijangka semua pengguna boleh berkongsi Telegram Stories, dan tidak terhad kepada pelanggan berbayar sahaja. Memandangkan versi beta baharu telah dalam fasa ujian, maka kita mungkin melihat versi baharu Telegram menyusul dalam beberapa minggu lagi.