Pengasas Telegram kini berkongsi yang mana syarikat permesejan tersebut akhirnya telah mencapai fasa keuntungan pada tahun ini. UNtuk tahun ini sahaja, pendapatan Telegram Messenger telah mencapai lebih $1 bilion. Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan perkhidmatan permesejan berkenaan kini mempunyai seramai 12 juta pengguna berbayar.

Pengasas Telegram sendiri sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menyenaraikan syarikat untuk penawaran awam (IPO). Selari dengannya, Telegram telah melihat kepada sejumlah kaedah dalam menambah pendapatan mereka, termasuk mula memaparkan iklan dalam aplikasi, selain menjual pelan berbayar, dan juga turut memperluaskan penawaran dengan integrasi kriptowang untuk membolehkan aplikasi mini, Stars dan sebagainya dalam membolehkan pencipta menjana pendapatan.
Berkongsi lanjut, pengasas Telegram juga menekankan dengan pencapaian fasa ini, ia turut memperlihatkan platform sosial boleh turut mencapai fasa keuntungan dan kewangan yang baik dengan kekal bebas dan menghormati hak pengguna.
Telegram is now profitable
This year, the number of Telegram Premium subscribers tripled, exceeding 12 million. Our ad revenue also increased a few times. Telegram's total revenue in 2024 surpassed $1 billion, and we are closing the year with more than $500 million in cash…




