Threads Mula Menghalang Sesetengah Pengguna Kerana Aktiviti Spam

TechnologyDigital
18 Jul 2023 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads mempunyai puluhan juta pengguna harian menurut Mark Zuckerberg. Tetapi seperti semua media sosial, isu spam kini mula wujud pada platform yang belum berusia sebulan ini. Adam Mosseri yang merupakan ketua di Threads mengatakan mereka kini menyedari akan masalah ini.

image is not available

Oleh itu had mula dikenakan kepada sesetengah pengguna yang disyaki menghantar spam. Halangan ini serupa seperti yang dilakukan oleh Twitter beberapa minggu lalu selepas data laman dikatakan dicuri oleh pihak ketiga. Kerana sistem melakukan pengesanan secara automatik, ia mungkin menyebabkan sesetengah pengguna dihalang secara tidak sengaja. Jika anda terksesan, Mosseri menggesa supaya menghubungi Threads untuk menyelesaikannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved