Telegram Memperkenalkan Ciri “Stories” – Hanya Terhad Untuk Pengguna Telegram Premium

TechnologyDigital
21 Jul 2023 • 8:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram sebelum ini telah menyatakan bakal memperkenalkan ciri Telegram Stories – dimana ia berfungsi lebih kurang sama seperti di Instagram dan Facebook, membolehkan pengguna menerbitkan perkongsian ringkas yang akan hilang selepas suatu masa yang ditetapkan. Kini, hari ini, akhirnya ciri tersebut telah mula diaktifkan kepada pengguna Telegram.

image is not available

Telegram Stories turut diposisikan pada bahagian atas aplikasi, memudahkan pengguna melihat perkongsian dari rakan-rakan dan sebagainya. Selain perkongsian gambar, video dan teks seperti biasa, Telegram Stories turut menambah ciri merakamkan video menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak.

Pengguna turut boleh memilih untuk membuat kandungan yang dikongsikan hilang selepas 6 jam, 12 jam atau 46 jam.

image is not available

Apa pun, pengenalan ciri ini hanya terhad kepada pengguna Telegram Premium sahaja. Hanya pengguna Telegram Premium yang boleh menerbitkan Telegram Stories, sementara pengguna Telegram yang lain sekadar boleh melihatnya sahaja.

Adakah dengan langkah ini akan membuatkan lebih ramai melanggan Telegram Premium? Di Malaysia, Telegram Premium ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan.