Telegram Mengatakan Akan Berikan Nombor IP Dan Telefon Pengguna Kepada Pihak Berkuasa Sekiranya Diperlukan

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada CEO Telegram yang ditahan pihak berkuasa beberapa minggu lalu, kini perkhidmatan permesejan berkenaan mula melakukan beberapa perubahan berkenaan bagaimana mereka beroperasi. Melalui perubahan terbaru, CEO Telegram kini mengatakan mereka akan memberikan nombor IP seseorang pengguna, bersama-sama dengan nombor telefon mereka kepada pihak berkuasa sekiranya diminta atau diperlukan.

Dengan langkah ini, pihak Telegram akan lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memerangi perkara yang melanggar undang-undang dan berbahaya pada platform tersebut.

Langkah ini berbeza dengan sebelum ini yang Telegram membiarkan pelbagai perkara berlaku pada platform mereka tanpa sebarang tanggungjawab. Selari perubahan ini, Telegram turut akan menambah sokongan pengawasan berasaskan kecerdasan buatan, dalam mengenal-pasti perkongsian yang berbahaya dan tidak sah.