Pengguna iPhone 16 Pro Melaporkan Masalah Pada Skrin

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri iPhone 16 baru sahaja diumumkan pada minggu lalu dengan empat model berbeza disediakan untuk kesemuanya. Namun apa yang menjadi bualan di media sosial adalah berkenaan dengan pengguna iPhone 16 yang mula menghadapi beberapa masalah dengan perantinya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – iPhone 16 Pro Max

Rata-rata pengguna menyuarakan rungutan mereka berhubung kegagalan skrin peranti gagal berfungsi sebaiknya termasuk isu sela masa dan sentuhan yang tidak dapat dikesan. Dinyatakan secara lanjut skrin iPhone 16 tidak bertindak balas apabila disentuh yang kemudiannya menjejaskan kegunaan lain seperti menatal, menekan butang serta huruf pada papan kekunci. Isu turut didakwa sering berlaku di sebelah kanan skrin yang juga menjadi lokasi untuk butang baharu Camera Action.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – iPhone 16

Ada banyak andaian kenapa ini berlaku, antaranya adalah disebabkan oleh pepijat dalam perisian dan bukanlah masalah dengan perkakasan. Khususnya algoritma salah sentuh (mistouch) iOS yang menjadi terlalu sensitif sehingga menjadikan sentuhan tidak dapat dikesan sebaiknya. Selain itu saiz bezel yang semakin kecil juga boleh menjadi punca disebabkan kemungkinan sentuhan secara tidak sengaja.

Saranan diberikan setakat ini hanyalah dengan menggunakan sarung pelindung yang dipercayai mampu mengurangkan kemungkinan tersentuh tepi skrin secara tidak sengaja. Pada waktu ini ia hanya berlaku dalam jumlah yang kecil. Apple diyakini akan menyelesaikannya dengan kemaskini perisian yang akan datang.