Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini

Business & Finance
18 Apr 2024 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Telegram Messenger telah mula melihat kepada beberapa langkah menjana pendapatan kebelakangan ini, termasuk memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels.

TELEGRAM Messenger kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan platform permesejan tersebut mencapai angka 1 bilion pengguna aktif pada tahun 2024 ini.

Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.

Telegram turut menekankan yang mana mereka merupakan satu-satunya platform yang neutral dan tidak terlibat dengan geopolitik – berbeza dengan platform sosial lain.

Telegram Messenger telah mula melihat kepada beberapa langkah menjana pendapatan kebelakangan ini, termasuk memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels – dan berkongsi pendapatan dengan pemilik saluran berkenaan.

Di samping itu, ia turut dilaporkan Telegram sedang melihat untuk melakukan penyenaraian awam syarikat berkenaan tidak lama lagi. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved