Tembak jika ada halangan, ancaman – Ketua Polis KL

12 Nov 2026 • 9:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tembak jika ada halangan, ancaman – Ketua Polis KL

PETALING JAYA : Semua petugas barisan hadapan Polis Kontinjen Kuala Lumpur diarahkan supaya sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk menembak ketika berdepan sebarang ancaman keselamatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setiap anggota perlu bertindak pantas dan tegas serta tidak membiarkan keraguan menjejaskan keupayaan mereka menangani sebarang ancaman.

“Jika ada apa-apa halangan, tembak. Ada apa-apa keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan atau ancaman, tembak. Jangan tunggu.

“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di ‘barisan hadapan’ (frontliner),” katanya dalam rakaman audio yang disiarkan melalui laman rasmi Facebook Polis KL.

Beliau menegaskan, warga pasukan keselamatan tidak boleh bersikap sambil lewa sebaliknya perlu memastikan setiap tindakan dibuat berdasarkan persediaan rapi, perancangan mantap dan penilaian situasi yang sewajarnya.

Menurutnya, setiap anggota perlu sentiasa bersedia, memahami tindakan yang perlu diambil serta mempunyai keupayaan membuat keputusan dengan pantas ketika berhadapan situasi berisiko.

“Mesti sedia, tahu bertindak dan jangan ragu-ragu menghadapi ancaman. Polis tidak boleh bergerak lembab dan tidak boleh bertindak tanpa persediaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, tiga teras utama ditekankan kepada seluruh anggota penugasan di lapangan iaitu sentiasa bersiap siaga pada setiap masa, mahir dalam kaedah menangani serta bertindak balas terhadap situasi genting di samping tidak mengabaikan keselamatan diri anggota semasa menjalankan operasi.

“Arahan tegas ini disifatkan sebagai langkah penting bagi memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman awam di ibu negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman jenayah mahupun anasir luar,” jelasnya. – UTUSAN

The post Tembak jika ada halangan, ancaman – Ketua Polis KL appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved