“Ada rasa kerisauan, ada ancaman, temb*k. Jangan tunggu”- Ketua Polis KL

12 Nov 2026 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft polis kl 1

Polis Kuala Lumpur menzahirkan ketegasan agar insiden tragis yang menimpa seorang anggota polis di Gombak tidak berulang.

Susulan itu, semua pegawai dan anggota kontinjen ibu negara diarahkan agar sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman, termasuk melepaskan tembakan tanpa teragak-agak jika keadaan menuntutnya.

Artikel berkaitan: Tembakan Di Stesen Minyak, Lelaki Parah Ditemb*k Di Perut & Dada 

Artikel berkaitan: Penyokong Najib Razak Dinasihat Tidak Berhimpun Di Depan Kediaman – Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur perlu sentiasa berwaspada ketika melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di lapangan.

Beliau mahu setiap anggota bertindak tegas tanpa sebarang keraguan apabila berdepan risiko serta ancaman keselamatan ketika bertugas.

531986853 776447524766049 3621200897462378957 n

“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di ‘barisan hadapan’ (frontliner).”

“Jadi pastikan mesti ‘ready’ (bersedia), mesti tahu situasi, keluarkan senjata api, pastikan sasaran, bersedia.”

“Sekiranya ada apa-apa halangan, tembak. Ada apa-apa keraguan, tembak. Ada rasa kerisauan, ada ancaman, tembak. Jangan tunggu,” jelasnya menerusi rakaman audio yang disiarkan di laman Facebook rasmi Polis Kuala Lumpur.

Screenshot 2026 11 12 115135

Menurut Fadil, ketegasan ini dizahirkan semata-mata bagi menjamin keselamatan pegawai dan anggotanya yang sentiasa berdepan pelbagai bentuk bahaya di barisan hadapan.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita mengenai seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang mengalami kecederaan parah apabila pergelangan tangan kanannya putus selepas ditetak oleh seorang lelaki warga asing di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong, petang semalam.

Bagaimanapun, suspek maut selepas ditembak polis apabila bertindak agresif menyerang anggota menggunakan sebilah parang semasa dikesan berhampiran taman permainan, tidak jauh dari lokasi kejadian, antara jam 7.30 malam hingga 8 malam.

Anggota terbabit yang berumur 26 tahun dan berpangkat Lans Koperal dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved