
SOOK: Pasukan Tembirowoo War yang mewakili Mukim Tulid muncul sebagai johan pertandingan tarik tali sempena sukan rakyat Pesta Kaamatan Daerah Sook yang berlangsung di padang pekan di sini pada Sabtu.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Ansip yang mewakili Mukim Ansip dan Limatok Sook yang mewakili Mukim Sook.
Tempat keempat jatuh kepada Rinukut yang mewakili Mukim Tiulon.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sementara johan bagi sukan tradisi rampanau kategori lelaki disandang oleh Sansius dan diikuti oleh Ye dan Mohd Shamir di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori perempuan, Aini Rintin Gan menduduki tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Rasinah Ouripin dan Noratikah Kahani.
Selain pertandingan tarik tali dan rampanau, pertandingan melastik dan gusti tangan turut diadakan.
Sukan rakyat Pesta Kaamatan Daerah Sook dilancarkan oleh Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiungan.



