Tempahan pesawat Boeing meningkat pada 2022

Business & Finance
11 Jan 2023 • 2:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing memenuhi lebih banyak tempahan pesawat penumpang dan kargo pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Syarikat itu pada Selasa memaklumkan pihaknya telah memenuhi tempahan 152 pesawat komersial pada suku keempat 2022 berbanding 99 pesawat komersial dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pada 2022 secara keseluruhan, Boeing menghantar sejumlah 480 pesawat komersial, iaitu peningkatan sebanyak 41 peratus berbanding tahun lepas.

Boeing akan mengeluarkan data kewangan suku keempat secara terperinci pada 25 Januari, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

Dalam keluaran berasingan, syarikat yang berpangkalan di Virginia itu melaporkan pihaknya menerima 774 tempahan komersial pada 2022 selepas pembatalan dan penukaran.

Sehingga 31 Disember 2022, tunggakan penghantaran pesawat komersial ialah sekitar 4,578 jet.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved