Tempahan Untuk iPhone 15 Malaysia Memperlihatkan Tempoh Penghantaran Melangkaui Sebulan – Mencapai November 2023

TechnologyDigital
24 Sep 2023 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Malaysia telah pun membuka pra-tempahan untuk iPhone 15 secara rasminya sejak Jumaat lepas. Ketika pembukaan pra-tempahan sendiri, ia dilihat seperti menerima permintaan tinggi dan dalam masa beberapa jam sahaja memperlihatkan tempoh penghantaran pada minggu pertama Oktober.

Terbaru, semakan kami memperlihatkan tempahan untuk iPhone 15 Pro Max melalui laman rasmi Apple memperlihatkan pengguna hanya akan menerimanya dalam tempoh melangkaui sebulan, atau pada awal November.

image is not available

Tempoh yang lebih kurang sama juga diperlihatkan untuk tempahan iPhone 15 Pro.

Untuk model iPhone 15 pula, ia memperlihatkan sekitar minggu kedua Oktober, dan untuk model iPhone 15 Plus memperlihatkan tarikh penerimaan paling awal, iaitu pada 3 Oktober 2023.

Selain melalui laman Apple, pengguna juga turut boleh membeli melalui sejumlah pengedar rasmi Apple di Malaysia, dan juga syarikat telekomunikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved