Temui pelajar IPG baru kehilangan ibu, PM Anwar titip pesan -“Jangan lupa tiap hari doakan”

LocalPolitics
19 Sep 2025 • 8:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan temui pelajar IPG Kampus Gaya di Sabah yang baru kehilangan ibunya sewaktu lawatan ke lokasi bencana di Penampang, Sabah.

Instagram will load in the frontend.

Temui pelajar IPG baru kehilangan ibu

Menerusi hantaran di Instagram, beliau dilihat berulang kali menitipkan pesan kepada pelajar Institusi Perguruan (IPG) Kampus Gaya tersebut yang dikhabarkan baru seminggu kehilangan ibunda tercinta disebabkan kanser.

Dalam pertemuan tersebut beliau telah mengucapkan salam takziah diatas pemergian itu pelajar berkenaan dan menitipkan pesan supaya tidak lupa untuk terus mendoakan ibunya.

“Berdoa ya. Kalau ibu, awak jangan lupa untuk tiap hari mesti doakan. Sebab tiada doa orang lain akan sama dengan doa (awak), ingat hal itu,” ujarnya.

image is not available

Temui pelajar IPG, titip pesan supaya terus doakan

Anwar turut mengimbau kembali pemergian ibunya dan menyatakan beliau tidak pernah sekalipun lupa mendoakan allahyarham bonda tersayang walaupun sudah berpuluh tahun pemergiannya.

“Ibu saya meninggal puluh tahun lalu, setiap hari tak lepas satu hari pun saya doa dekat Tuhan, ia sangat bermakna. Tolong ingat hal itu,” sambil menepuk lembut bahu pelajar terbabit.

Perkongsian terbabit pastinya memberi makna yang cukup mendalam buat pelajar itu memandangkan masih berada dalam fasa dukacita, lebih-lebih lagi kampus tempatnya menuntut ilmu turut terjejas susulan tanah runtuh yang belaku.

image is not available

Lawat lokasi kejadian tanah runtuh & PPS banjir

Difahamkan, Perdana Menteri telah bergegas ke Penampang Sabah susulan kejadian tanah runtuh dan banjir yang berlaku di daerah tersebut.

Beliau telah turun ke lokasi kejadian tanah runtuh dan melihat kerosakkan yang berlaku sekali gus mengarahkan agar proses baik pulih dilakukan dengan segera.

image is not available

Beliau turut berkesempatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menziarahi mangsa-mangsa yang terjejas disebabkan banjir yang belaku di kawasan terbabit.

Sumber: Instagram anwaribrahim_my