Tenaga pengajar didakwa ceroboh privasi wanita

14 May 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang tenaga pengajar di sebuah institusi latihan berusia 47 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menceroboh privasi seorang wanita dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya.

Jamal Ladau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas tuduhan melakukan kesalahan itu ke atas wanita terbabit dengan menghantar gambar tidak senonoh dengan perkataan tidak senonoh dengan niat perkara itu dibaca dalam Kumpulan WhatsApp.

Jamal didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 16 Feb tahun ini, jam 5 petang di kawasan Cybercity di Penampang.

Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin ketika memohon tarikh sebutan baharu, mencadangkan ikat jamin sebanyak RM3,000.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Jamal yang tidak diwakili memohon jumlah jaminan yang lebih rendah.

Majistret menetapkan 11 Jun ini untuk pengurusan kes dan membebaskan Jamal dengan ikat jamin sebanyak RM2,500 dengan dua orang penjamin.

Dalam kes berasingan, seorang ‘runner’ sambilan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana mencuri.

Lius K.K. Linggi, 58, mengaku mencuri 96 batang besi Y12 milik syarikat Apcol Pailing pada 5 Mei tahun ini, jam 1.10 petang, di tapak pembinaan sistem perparitan di Putatan.

Pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa Lius dilihat oleh pengadu mengalihkan batang besi itu ke dalam bonet keretanya dan kemudian meluru masuk ke dalam kereta dan memecut laju.

Anggaran kerugian kira-kira RM3,500, kata pihak pendakwaan.

Lius ditangkap polis pada 6 Mei, susulan laporan polis berhubung perkara itu, mahkamah diberitahu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.