Tenaga pengajar disyaki amang seksual murid Tahun Satu direman

3 Nov 2026 • 8:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tenaga pengajar disyaki amang seksual murid Tahun Satu direman
Polis memandang serius kesalahan membabitkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak

JERANTUT – Seorang tenaga pengajar direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia tujuh tahun di sebuah institusi pendidikan di daerah ini.

Suspek yang merupakan lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan berulang kali di kawasan bilik makmal komputer institusi terbabit.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa dikatakan diperlakukan secara tidak senonoh oleh suspek ketika berada di lokasi tersebut.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkannya kepada ahli keluarga pada 27 Oktober lalu.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari bermula 30 Oktober hingga 4 November ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, polis memandang serius kesalahan membabitkan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan profesional.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mendedahkan identiti mangsa dan pihak yang terlibat bagi menjaga privasi serta kepentingan siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved