Tenang Dan Lancar, Remaja 15 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak Sentuh Hati Netizen

Entertainment
18 Feb 2024 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tular baru-baru ini apabila menjadi wali untuk menikahkan kakaknya. Pada pendapat Min, peristiwa bersejarah itu pastinya akan menjadi kenangan istimewa buat kedua beradik itu.

Walaupun baru berusia 15 tahun, remaja itu kelihatan tenang dan menikahkan kakaknya tanpa gugup dan lancar pada majlis tersebut. Sudah tentulah, perkara itu telah membuatkan ramai warganet berasa terharu.

Kebiasaannya remaja yang sama usia dengannya pasti merasa gementar dan gugup untuk menghadapi perkara begitu.

Video berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen memuji dengan keberanian remaja itu yang mengalas tanggungjawab besar dalam keluarga.

Malah, hanya dengan satu kali bacaan dan sekali lafaz dari pengantin lelaki maka selesai lafaz nikah itu. Pasti kakaknya berbangga memiliki adik yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan.

Antara dalil-dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:

Firman Allah swt: “Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf” ( Al-Baqarah : 232)

Bukan senang nak mengalas tanggungjawab besar untuk menikahkan ahli keluarga sebagai wali dalam usia yang muda.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.