“Tenang hadapi dugaan” – Orang Ramai Terpegun Tengok Reaksi Tenang Fikry Ibrahim Walau Salah Isi Minyak Kereta

Entertainment
28 Apr 2024 • 1:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai seorang insan, kita tak boleh lari dari menerima dugaan hidup. Mungkin ada segelintir akan memberi reaksi yang keterlaluan apabila diduga dan tak kurang juga yang menerima dengan penuh redha dan tenang.

Begitulah yang terjadi kepada pelakon, Fikry Ibrahim. Dalam satu video di akaun TikTok miliknya, Fikry berkongsi pengalaman tersadai di stesen minyak selepas mengisi petrol ke dalam kereta enjin diesel miliknya. Korang boleh tengok video @afikryibrahim di bawah.

Tenang hadapi dugaan

Dalam video ni, Fikry bagi tahu yang beliau dalam perjalanan ke Kedah dan sempat singgah di sebuah stesen minyak.

Walau bagaimanapun, akibat kepenatan, beliau telah salah mengisi petrol ke dalam keretanya. Nak buat macam mana kan, memang kena masuk bengkel terus lah ceritanya.

image is not availableUntuk korang yang tak tahu apa akan jadi kalau masukkan petrol ke dalam enjin diesel, ini ada Fikry bagi tahu. Memang kena hantar bengkel untuk pomen kosongkan tangki dan cuci mana patut.

image is not availableBetul, niat baik nak balik kampung jaga ibu. Mungkin ada hikmah yang Tuhan nak bagi. Lebih baik jadi macam ni daripada jadi perkara buruk time memandu waktu penat.

image is not availableItu lah, biasa staff yang tak buat salah yang kena marah. Bagus betul Fikry ni, kekal tenang walaupun di duga macam tu.

image is not availableKita ni kalau penat, banyak benda kita terlupa atau tak buat. Yang penting pastikan cukup rehat sebelum berjalan jauh. Pesanan untuk semua dan min sendiri.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.