Tengah Cuci Penapis Air, Tiba-Tiba Kena Tolong ‘Jaga’ Sambal Tuan Rumah – “Kalau Lama Sikit Entah Entah Kena Gorengkan Sayur”

22 Apr 2025 • 12:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsikan seorang wanita ketika dia sedang bekerja telah meraih perhatian dan mencuit hari ramai netizen. Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik telah ke rumah salah seorang pelanggan untuk mencuci dan menggantikan penapis air.

Pada awal video tersebut, dia dilihat sedang mencuci penapis berkenaan menggunakan air di sinki namun tidak semena-mena kemudian pekerjaannya bertambah.

Berdasarkan teks yang ditulisnya di video, tuan rumah berkenaan telah memintanya untuk ‘menjaga’ sambal yang sedang dimasak di atas dapur.

Hang tolong tengok sama sambai makcik atas api tu, makcik nak semayang sat.

Aksinya yang mencuci sambil menggaul sambal di dalam kuali telah mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur serta turut berseloroh wanita itu mempunyai ‘extra job’.

Ada yang berkongsi cerita mereka menjadi segan dan akan berdiam diri di ruang tamu tatkala juruteknik datang ke rumah untuk servis penapis air mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sesetengah netizen akui akan mengemas dapur dan rumah apabila tiba hari juruteknik datang untuk perkhidmatan mencuci penapis air dan penapis udara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

"Yang Penting Jangan Derhaka Resepi" - Khairul Aming Terhibur Ramai Kongsi Video Masakan Tak Menjadi