Tengah Pandu Kereta, Terkejut Ada Ular ‘Jenguk’ Dekat Tingkap

3 Sep 2025 • 11:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tengah Pandu Kereta, Terkejut Ada Ular ‘Jenguk’ Dekat Tingkap

Sebolehnya, kita semua ingin sampai ke destinasi dengan selamat ketika memandu kenderaan. Namun, kadang kala ada perkara yang tidak terduga berlaku ketika dalam perjalanan.

Mungkin berlaku kemalangan atau terpaksa menempuh perjalanan dalam keadaan cuaca buruk.

Namun, ada juga kejadian yang membuatkan pemandu ketakutan apabila muncul haiwan-haiwan yang tidak terduga sepanjang perjalanan.

Jika cicak atau lipas mungkin masih boleh diterima, tapi bagaimana jika ada ular? Itulah yang dialami oleh seorang lelaki baru-baru ini apabila seekor ular sawa dilihat berada di bahagian tingkap keretanya.

Menerusi video tersebut, @qrdhawi dilihat sedang memandu dan ‘ditemani’ oleh ular terbabit di bahagian luar tingkap keretanya.

Ketika ditemu bual oleh SK, lelaki itu berkata dia dalam perjalanan dari Kuala Langat ke Shah Alam semasa kejadian tersebut berlaku.

“Ular itu saya tak tahu dari mana datangnya tapi dari Shah Alam saya dalam perjalanan ke Kuala Langat masih okay tiada apa-apa.

“Kejadiannya masa saya nak balik ke Shah Alam semula sebab dah selesai urusan kerja

“Mungkin dekat Kuala Langat itu saya parkir kereta, atas bumbung parkir ada pokok dan ular tu jatuh dekat bahagian enjin dan semasa dekat lampu isyarat, ular itu keluar sebab bahagian enjin panas,” katanya kepada SK.

Ditanya mengenai ‘nasib’ ular terbabit, dia berkata ada orang yang datang membantu menangkap reptilia itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘meremang’ melihat situasi itu dan tidak kurang juga yang berseloroh.

“Buka la tingkap tanya dia nak pergi mana”

“Kalau aku, buka pintu lari keluar”

“Buka tingkap bincang elok-elok dengan dia”

“Saya dah kena, terus cari balai bomba, jaraknya tersangatlah jauh….seram betul, bawa kereta pun time tu dah tak boleh nak fokus”

“Haritu ada cicak kat luar pun aku menggelupur padahal kat luar, ni pulak ular”

“Orang mesti tengok pelik kenapa bawa haiwan peliharaan bersiar – siar tapi dekat luar”

“Kalau aku dah overthinking dah dia masuk dalam enjin pastu masuk lubang mana-mana, pastu jenguk bawah kaki. Huwaaa mana nak tekan brek, mana nak tekan minyak”

Sumber: qrdhawi