Tengah ‘Prep’, Tiba-Tiba Menteri Pendidikan Singgah GUAMSS

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 8:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tengah ‘Prep’, Tiba-Tiba Menteri Pendidikan Singgah GUAMSS

Sedang sibuk membuat persiapan, tiba-tiba Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek muncul di Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS) tanpa sebarang majlis rasmi atau protokol.

Lebih menarik, kunjungan itu turut mengejutkan pihak sekolah apabila pengetua GUAMSS sendiri tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Fadhlina ke sekolah berkenaan.

Image from: Tengah ‘Prep’, Tiba-Tiba Menteri Pendidikan Singgah GUAMSS
Gambar: Facebook Bahagian Pengurusan SBP

Kisah kunjungan spontan itu dikongsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut perkongsian itu, walaupun terkejut dengan kehadiran Fadhlina, pengetua GUAMSS tetap tenang dan membawa beliau meninjau sekitar sekolah.

“Memang lawatan tanpa majlis potong reben, tanpa protokol.

“Sampaikan Pengetua Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS) sendiri pun tak tahu YB Menteri Pendidikan akan singgah. Tahu-tahu sampai,” menurut hantaran itu.

Antara lokasi yang disinggahi Fadhlina ialah Pusat Sumber sekolah apabila beliau melihat pelajar Tingkatan Lima sedang membuat persiapan bagi Peperiksaan Percubaan SPM menerusi Program CORUS BIO SBP.

Menariknya, Fadhlina tidak sekadar melihat dari jauh, sebaliknya turut duduk bersama pelajar yang sedang tekun mengulang kaji subjek Biologi.

Beliau kemudian bertanya mengenai persediaan mereka menghadapi peperiksaan selain keadaan sekolah dan sebarang masalah yang dihadapi.

“Persediaan macam mana? Sekolah semua okey? Ada masalah tak?” soal Fadhlina.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP, keadaan itu sedikit mendebarkan bagi pengetua yang mengiringi lawatan berkenaan.

Bagaimanapun, pelajar memberikan jawapan yang melegakan apabila memberitahu bahawa semuanya berada dalam keadaan baik.

“Semua okey, YB!” jawab mereka.

Pelajar Serbu Menteri Pendidikan

Selesai meluangkan masa di Pusat Sumber, Fadhlina kemudiannya meneruskan kunjungan ke beberapa kelas yang turut dipenuhi pelajar yang sedang menjalani sesi prep.

Jelasnya, sebaik sahaja menyedari kehadiran Menteri Pendidikan, para pelajar keluar dari kelas dan berkumpul untuk bertemu Fadhlina.

Menurut perkongsian itu, peluang bertemu Menteri Pendidikan secara dekat dimanfaatkan pelajar untuk bersalaman dan berinteraksi bersama beliau.

Image from: Tengah ‘Prep’, Tiba-Tiba Menteri Pendidikan Singgah GUAMSS
Gambar: Facebook Bahagian Pengurusan SBP

Fadhlina berada di Gua Musang bagi Program Tindak Susul Parlimen Siri 3 Tahun 2026.

Bahagian Pengurusan SBP berkata, walaupun kunjungan ke GUAMSS itu tidak dirancang, kehadiran Fadhlina secara spontan diharap dapat memberikan semangat kepada para pelajar.

“Singgah memang tak dirancang. Tapi semangat yang YBM bagi, harap-harap kekal dalam diri anak-anak GUAMSS.

Baca juga:

“Terima kasih, YBM. Love you,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved