Tengah Trending Cabaran Suami Minum Susu Badan Isteri, Ini Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukumnya!

LocalEntertainment
19 Feb 2025 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di TikTok, muncul satu trend pelik apabila suami dicabar untuk minum susu badan isteri hanya untuk melihat reaksi mereka terhadap rasanya.

Perkara ini menimbulkan perdebatan di kalangan netizen, ada yang menganggapnya sekadar gurauan dan ada juga yang tertanya-tanya apakah hukum sebenar dalam Islam?

Ustaz Azhar Idrus perjelas hukum minum susu isteri menurut Islam

Sebuah video penjelasan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, kembali tular bagi menjawab persoalan ini.

Menurut beliau, tidak haram bagi seorang suami untuk minum susu isterinya kerana dalam perkahwinan, suami dianggap sebagai ‘tuan’ kepada susu isterinya.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. Suami tidak perlu minta izin untuk minum susu isterinya.
  2. Jika isteri mahu menyusukan bayi orang lain, dia perlu mendapatkan keizinan suami kerana susu itu dianggap hak suaminya.
  3. Tidak timbul isu hubungan mahram antara suami dan isteri walaupun suami minum susu isterinya.

Elak perkara yang menimbulkan kekeliruan

image is not available

Walaupun hukum ini jelas, umat Islam digalakkan untuk menjaga adab dan kesopanan dalam rumah tangga.

Perbuatan seperti merakam dan memuat naik ke media sosial boleh menimbulkan kekeliruan atau mencemarkan imej Islam, lebih-lebih lagi jika dilakukan sekadar untuk trend atau hiburan.

#ApaKataOhmedia

Trend media sosial datang dan pergi, tapi jangan sampai terikut-ikut perkara yang boleh mencetuskan kontroversi. Fikir dulu sebelum kongsi!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.