“Ada Lagi Sorang Muka Macam Syafiq Kyle..” – Mimi Lana Pesan Supaya Peminat Jangan Patah Hati, Dedah Syazwan Razak Masih ‘Available’

EntertainmentLifestyle
17 Feb 2025 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu dalam satu majlis tertutup yang diadakan di kampung halaman Mimi yang terletak di Taiping, Perak.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pasangan tersebut sedang melakukan sesi siaran langsung (live) di TikTok.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Mimi berharap agar para peminatnya tidak patah hati kerana dia sudah selamat bernikah dengan Syafiq.

Dalam pada itu, pelakon itu sempat berseloroh memberitahu masih terdapat seorang lelaki yang memiliki wajah mirip suaminya iaitu adik Syafiq Kyle, Syazwan Razak.

Korang jangan patah hati. Ada lagi seorang macam Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak (adik Syafiq).

image is not available

Syafiq Kyle saya punya dah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengatakan mereka bersetuju untuk menjadi teman hidup Syazwan.

image is not available

image is not available

image is not available 4 days ago

(TAHNIAH) Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini