“Tengah unboxing wipes tissues anak nampak ni” – Wanita Terkejut Ada Pelekat Tersembunyi Bawah ‘Sticker’ Tisu Basah Bayi

Entertainment
4 Jul 2025 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tisu basah merupakan salah satu benda wajib yang perlu ada buat para ibu sebagai kegunaan untuk mencuci kotoran pada bayi kerana sifatnya yang mudah digunakan dan dibuang.

Ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam penggunaan tisu basah pada bayi kerana tidak semua jenama sesuai untuk kulit si manja.

Baru-baru ini, satu hantaran tular di Threads telah merisaukan para ibu apabila seorang wanita meluahkan kebimbangannya mengenai tisu basah bayi yang dibelinya secara dalam talian.

Menerusi perkongsian wanita itu, dia bertanya kepada warganet selepas mendapati ada pelekat tersembunyi dengan tulisan Mandarin pada tisu basah bayi yang dibelinya.

image is not available

Warganet di ruangan komen menyatakan tulisan itu bermaksud ‘Kain Lap Pencuci Dapur’ yang jelas tidak selamat digunakan buat bayi kerana kandungan kimia yang tinggi.

Difahamkan, wanita itu membeli tisu basah tersebut kerana pada awalnya dia menerima produk itu sebagai hadiah.

Katanya, dia pernah menggunakannya sebelum ini dan tidak merasa ragu-ragu. Kemudian, dia membuat pembelian untuk produk berkenaan namun terkejut apabila berlaku perkara sebegini.

image is not available

Susulan perkongsian itu, warganet menasihati supaya mencari barangan keperluan bayi yang tentunya selamat dan tidak diragui kualitinya.

Sementara itu, pihak penjual tampil memberi penjelasan mengenai isu terbabit. Dalam kenyataannya, kilang pembungkus produk berkenaan tersilap label tetapi produk dalamannya masih selamat digunakan.

Pihaknya juga memohon maaf dan akan bertanggungjawab mengenai isu tersebut. Jelasnya, pelanggan yang terlibat akan menerima bayaran balik sepenuhnya.

image is not available

Harap tidak lagi berlaku isu seperti ini.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.