Tengku Zafrul sah sertai PKR, ahli Cabang Ampang

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 10:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul. Foto Bernama

OSAKA - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diterima dua minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata, beliau kini merupakan ahli PKR bagi Cabang Ampang.

"Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pada 30 Mei lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul, menerusi surat yang dihantar kepada pimpinan UMNO, memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved