Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil

12 Jan 2023 • 11:35 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Juara empat kali perseorangan wanita Grand Slam Naomi Osaka (gambar) mengumumkan beliau hamil anak pertama hanya beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2023.

“Satu perkara yang saya nantikan ialah anak saya menonton satu daripada perlawanan saya dan berkata ‘itu ibu saya’. Tahun 2023 bakal menjadi tahun yang penuh dengan pengajaran dan saya berharap dapat bertemu dengan anda semua di Terbuka Australia 2024,“ kata Osaka di Twitter, menurut Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.

Bintang tenis berusia 25 tahun itu memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.

Beliau juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan 2020. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved