Tentera Israel bertindak kejam merobohkan struktur kediaman, bangsal berhampiran Lembah Jordan

24 Aug 2022 • 4:03 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

LEMBAH JORDAN: Tentera Israel pada hari ini bertindak merobohkan struktur kediaman dan bangsal di kawasan Wadi al-Ahmar, utara kampung Fasayel, di tengah Lembah Jordan, dengan alasan bahawa ia dibina tanpa permit.

Sumber tempatan berkata bahawa jentolak Israel merobohkan bangunan tersebut yang dimiliki oleh enam keluarga mendiami kawasan itu.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini telah mendesak keluarga tersebut agar menghentikan pembinaan bangunan di kawasan itu.

Namun tentera Israel merobohkan rumah kediaman yang sedang dalam pembinaan milik warga Palestin di kawasan al-Doyok di bandar Jericho, Tebing Barat yang diduduki dengan alasan yang sama membina tanpa permit.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia