Tentera Israel membunuh pemuda Palestin di Timur Baitulmaqdis

15 Aug 2022 • 6:12 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH: Tentera Israel telah membunuh seorang pemuda Palestin ketika serbuan tentera ke atas kejiranan Kufr Aqad di Timur Baitulmaqdis.

image is not available

Mohammad Ibrahim Shham,21 telah ditembak di rumahnya pada hari Isnin oleh tentera, lapor agensi berita Palestin Wafa.

Menurut bapa Ibrahim, tentera Israel telah menyerbu rumah mereka pada waktu subuh dan menembak kepala anak lelakinya dari jarak dekat.

image is not available
Sumber: Quds News Network

“Kami tidak tahu sebab atau mengapa mereka datang ke rumah. Mereka akan membunuh kami semua jika saya dan seorang anak lagi tidak bersembunyi” – kata Ibrahim Shham

Persatuan Tahanan Palestin mengecam pembunuhan tersebut dengan mengatakan, pembunuhan orang awam semakin meningkat sejak awal tahun lalu.

Kufr Aqab yang terletak di dalam sempadan Baitulmaqdis tetapi telah dipisahkan dari bandar itu oleh tembok pemisah Israel, meletakkannya di sebelah Tebing Barat yang diduduki.

Tentera Israel didakwa telah melakukan serbuan hampir setiap hari ke atas bandar dan kampung Palestin, sehingga sering mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan rakyat Palestin.

image is not available

Pada hari Isnin, tentera Israel menangkap sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di seluruh kawasan yang diduduki di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia