“Terasa impak blockout di sini” – Rossa Akui Kempen Boikot Di Indonesia Tak Sekuat Malaysia

Entertainment
28 May 2024 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dinafikan, kempen memboikot selebriti yang menjalinkan kerjasama dengan produk berkaitan Israel yang dilaksanakan pengguna media sosial di Malaysia pada minggu lalu memberi kesan kepada sebahagian selebriti ini.

Perkara itu juga telah membuatkan penyanyi terkenal dari negara seberang iaitu Rossa berasa kagum dengan solidariti yang dipamerkan rakyat Malaysia.

Kata Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 46, kempen sebegitu turut berlaku di Indonesia namun tidak sehebat di sini atas beberapa faktor seperti perbezaan aliran pemikiran dan geografi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

“Sebenarnya, gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak Blockout itu hanya di Malaysia.

“Di Indonesia ada sebahagian masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing. Lagipun, lebih besar dan rakyatnya ramai,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar ini mengatakan di Indonesia akan ada perhimpunan untuk memperjuangkan penduduk Palestin pada setiap hujung minggu.

Pada masa yang sama, Rossa juga mengakui sedang cuba tidak lagi mempromosikan jenama yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

“Sejak dahulu, saya tidak mempromosikan barangan jenama pro-Israel. Saya tak kisah kalau tujuan kerja seperti menghadiri acara.

“Tapi, kalau ia nampak ‘hard sell’, saya tidak akan melakukannya,” kata Rossa.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai dalam kempen boikot ini termasuklah Meerqeen, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan beberapa selebriti lagi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.