Terbabas Ke Dalam Longkang, Kakak-kanak 11 Tahun Pandu Sendiri Kereta Bersama Adik & Sepupu

Entertainment
20 Jul 2025 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi perhatian apabila dia bertindak memandu sendiri kereta Proton Saga sehingga kenderaan tersebut yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Klang, Selangor pada pagi semalam, lapor Harian Metro.

Selain kanak-kanak lelaki tersebut yang menjadi pemandu, kereta itu turut dinaiki bersama oleh adik dan sepupunya.

Menerusi siasatan polis, kanak-kanak lelaki tersebut dan adiknya bukan warganegara Malaysia kerana mereka memiliki Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR).

Manakala sepupu kanak-kanak lelaki itu pula merupakan warga tempatan.

image is not available

Difahamkan, pada mulanya, ibu kanak-kanak tersebut yang memandu kereta tersebut dari Bandar Sultan Suleiman untuk ke rumah saudara mereka di Telok Gong.

Ibu kanak-kanak itu kemudiannya keluar dari kereta seketika kerana mahu ke tandas setelah mereka tiba di rumah saudara tersebut.

Namun, kanak-kanak lelaki itu bertindak pantas dengan mengambil kunci kereta kerana mahu ke kedai dan turut mengajak adiknya dan sepupunya untuk ikut bersama.

Kanak-kanak tersebut berjaya memandu kereta berkenaan sehingga dua kilometer sebelum ia terbabas ke dalam longkang kerana kereta itu gagal dikawal.

Kereta berkenaan rosak pada bahagian hadapan namun ketiga-tiga kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.