Terbit Drama Bersiri Untuk Pelakon Veteran, Hans Isaac Sambut Baik Cadangan AR Badul - “Yang Bagus Kita Ambil…”

4 Nov 2026 • 8:32 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Terbit Drama Bersiri Untuk Pelakon Veteran, Hans Isaac Sambut Baik Cadangan AR Badul - “Yang Bagus Kita Ambil…”

Pelakon veteran, AR Badul mencadangkan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pelakon senior dan veteran menerusi penerbitan drama bersiri.Menurut AR Badul, telemovie dan supertele biasanya hanya melibatkan beberapa orang pelakon veteran, sedangkan drama bersiri mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelakon.“Jika kita wujudkan drama bersiri yang mempunyai episod panjang, ruang itu menjadi lebih luas. Puluhan pelakon veteran dapat peluang mengikut kesesuaian jalan cerita.“Penggiat seni veteran ini jiwanya kental dan masih mempunyai kudrat serta minat mendalam untuk beraksi di hadapan kamera.“Kami sangat menghargai segala bentuk sokongan dan keprihatinan masyarakat, namun apa yang lebih bermakna buat warga seni adalah peluang untuk terus bekerja dan menyumbang bakat selagi diperlukan,” ujarnya.AR Badul berkata demikian ketika ditemui pada program Tribute kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 di FINAS, Hulu Kelang pada Rabu.Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac menyambut baik cadangan AR Badul dan akan membawa usul tersebut kepada peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan untuk perbincangan lanjut“Saya akan bawa kepada jawatankuasa KSU. Kita ada dana Star di mana YB akan beri dana kepada industri. Cadangan sangat baik.“Sebagai pengerusi dan wakil FINAS, saya bawa perkara ini untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan. Bila acara kita bagus. Kita ambil dan binakan cadangan itu. Kita dengar dan cuba laksanakan.“Dalam FFM kita cuba beri peluang kepada pelakon veteran dan rakan industri baru. Kita melihat satu industri FFM yang meluas kepada semua, bukan hanya satu. Kita ada pelbagai program. Yang bagus kita ambil, tak bagus kita adjust balik,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved