Terbuka AS: Rybakina nikmati kegembiraan berganda

14 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka AS: Rybakina nikmati kegembiraan berganda

NEW YORK – Elena Rybakina melengkapkan kempen gemilang Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menewaskan Aryna Sabalenka 6-4, 5-7, 6-2 untuk meraih gelaran sulung di Flushing Meadows, sekali gus bakal bergelar pemain No. 1 dunia.

Kejayaan itu menjadi gelaran Grand Slam kedua buat pemain Kazakhstan berusia 27 tahun tersebut musim ini selepas menjuarai Terbuka Australia pada Januari, selain trofi major ketiga sepanjang kariernya.

Lebih manis, Rybakina akan mengambil alih kedudukan teratas ranking dunia bermula Isnin selepas menamatkan penantian panjang di New York yang sebelum ini tidak pernah memberikan kejayaan besar kepadanya.

“Sukar untuk mencari kata-kata sekarang. Sejujurnya, saya tidak menjangkakan perkara seperti ini apabila datang ke kejohanan ini. Saya berdepan sedikit masalah kecederaan, tetapi entah bagaimana semuanya memihak kepada saya,” katanya.

Rybakina memecahkan servis Sabalenka pada permainan kelima untuk memenangi set pertama sebelum pencabarnya dari Belarus bangkit merampas set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, Rybakina kembali menguasai permainan dengan mematahkan servis lawan untuk mendahului 2-1 sebelum melakukannya sekali lagi bagi kedudukan 5-2 dan menamatkan pertarungan selama dua jam 21 minit.

Dominasi servis menjadi senjata utama Rybakina apabila memenangi 85 peratus mata daripada servis pertamanya, selain hanya melakukan 24 kesilapan tidak dipaksa berbanding 35 yang dicatat Sabalenka.

Kemenangan itu turut menyaksikan Rybakina menewaskan Sabalenka dalam kedua-dua final Grand Slam musim ini selepas turut mengatasi pemain berkenaan di Melbourne, sekali gus memperbaiki rekod pertemuan mereka kepada lapan kemenangan berbanding 10 kekalahan. – AGENSI

The post Terbuka AS: Rybakina nikmati kegembiraan berganda appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved