Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik gagal ulang kejayaan

18 Oct 2026 • 10:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik gagal ulang kejayaan

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Denmark seperti pada 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada aksi final di Odense, semalam.

Pasangan ranking keempat dunia itu gagal mengekang asakan lawan apabila akur tewas 8-21, 11-21 dalam tempoh 31 minit di SJF Bank Arena, sekali gus menyaksikan Fajar-Shohibul merangkul gelaran kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 itu.

Kekalahan itu berbeza dengan aksi bertenaga yang dipamerkan Aaron-Wooi Yik ketika menyingkirkan pasangan No. 1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, 21-14, 21-18 pada separuh akhir, sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemaraan ke final tetap menjadi perkembangan positif buat Aaron-Wooi Yik yang kembali bergandingan selepas beberapa bulan membawa haluan bersama pasangan berbeza dan Terbuka Denmark merupakan kejohanan pertama mereka selepas kembali disatukan.

Pencapaian itu turut menyaksikan gandingan negara meneruskan momentum selepas muncul naib juara Kejohanan Dunia di India pada Ogos lalu, namun mereka masih belum berjaya menambah gelaran Jelajah Dunia sejak kali terakhir menjuarai Terbuka Denmark pada 2023. KOSMO! ONLINE

The post Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik gagal ulang kejayaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved