Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir

19 Oct 2024 • 12:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir di Odense malam ini. Foto BAM

HASRAT beregu nombor satu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir di Odense malam ini.

Pada aksi berlangsung di Jyske Bank Arena itu, beregu ranking keempat dunia tersebut dikejutkan dengan kekalahan straight set 20-22,15-21 kepada beregu ke-21 dunia dari China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Ia juga merupakan kekalahan pertama Aaron-Wooi Yik kepada pasangan tersebut selepas menang pada pertemuan di Masters Malaysia dan Terbuka Artik pada tahun ini.

Bo Yang-Liu Yi dijadual bertemu beregu senegara Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas separuh akhir selepas menewaskan gandingan Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-15, 18-21, 21-12 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Harapan negara kini bergantung kepada beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah untuk meneruskan perjuangan apabila turun bertarung menentang pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di separuh akhir esok. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved