Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah pamer kebangkitan ke separuh akhir

16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah pamer kebangkitan ke separuh akhir

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark dengan menewaskan gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, di SJF Bank Arena.

Turun selaku pilihan kedua, gandingan negara itu, bagaimanapun, dikejutkan dengan kekalahan 14-21 dalam set pertama.

Kebangkitan mula dipamerkan mereka dalam set kedua, di mana Pearly dan Thinaah, yang sentiasa ketinggalan dalam set berkenaan, berhasil menyamakan kedudukan 14-14 sebelum mengorak langkah meraih kemenangan 21-17 bagi mengheret permainan ke set penentuan.

Penguasaan penuh kemudian dipamerkan mereka dalam set ketiga untuk tidak pernah berada di belakang sejak pukulan pertama untuk mengesahkan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama 26 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah gandingan pilihan keenam dari China, Bao Li Jing-Cao Zi Han.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved