Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan meyakinkan 21-10, 24-22 ke atas rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan akan bertemu pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam saingan Terbuka Perancis.
