Terbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing tersingkir di separuh akhir

8 Jun 2024 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kian Meng-Pei Jing tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 16-21,18-21 di Istora Senayan pada Sabtu. Foto BAM

LANGKAH beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas disingkirkan gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada Sabtu.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan di sini menyaksikan pasukan lawan yang merupakan pilihan kelima kejohanan hanya mengambil masa 39 minit untuk menumpaskan Kian Meng-Pei Jing 16-21,18-21.

Mengulas mengenai perlawanan, Kian Meng-Pei Jing mengakui pasukan lawan sememangnya sukar diatasi apabila mereka berjaya mendominasi untuk terus mendahului mata sehingga tamat perlawanan.

"Kami telah memberikan yang terbaik dan rasa pihak lawan bermain lebih baik kerana sentiasa mengawal rentak dan kekal berada di hadapan,” kata mereka kepada pemberita selepas perlawanan di sini pada Sabtu.

Kian Meng-Pei Jing bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi ditampilkan mereka di kejohanan berkenaan dan mahu bersiap sedia bagi Kejohanan Terbuka Australia yang akan berlangsung minggu depan.

"Matlamat kami nanti adalah untuk mengekalkan momentum semasa dan mencapai keputusan yang lebih baik,” tambah mereka. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved