Terbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing Tersingkir Di Separuh Akhir

8 Jun 2024 • 9:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng (kanan)-Lai Pei Jing. – Gambar BAM

JAKARTA – Langkah beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas disingkirkan gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan di sini menyaksikan pasukan lawan yang merupakan pilihan kelima kejohanan hanya mengambil masa 39 minit untuk menumpaskan Kian Meng-Pei Jing 16-21,18-21.

Mengulas mengenai perlawanan, Kian Meng-Pei Jing mengakui pasukan lawan sememangnya sukar diatasi apabila mereka berjaya mendominasi untuk terus mendahului mata sehingga tamat perlawanan.

"Kami telah memberikan yang terbaik dan rasa pihak lawan bermain lebih baik kerana sentiasa mengawal rentak dan kekal berada di hadapan,” kata mereka kepada pemberita selepas perlawanan di sini pada Sabtu.

Kian Meng-Pei Jing bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi ditampilkan mereka di kejohanan berkenaan dan mahu bersiap sedia bagi Kejohanan Terbuka Australia yang akan berlangsung minggu depan.

"Matlamat kami nanti adalah untuk mengekalkan momentum semasa dan mencapai keputusan yang lebih baik,” tambah mereka. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved