Terbuka Jerman: Tercungap-cungap Kodai Naraoka demi atasi Zii Jia

29 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Jerman: Tercungap-cungap Kodai Naraoka demi atasi Zii Jia

Perseorangan negara, Lee Zii Jia, memberi tentangan sengit kepada pilihan kelima, Kodai Naraoka, sebelum terkandas dalam pusingan 16 Terbuka Jerman, sebentar tadi.

Bagaimanapun, jaguh dari Jepun itu perlu menempuhi 63 minit yang penuh berliku sebelum meneruskan kemaraannya di Saarbrucken itu.

Naraoka mencipta momentum awal permainan untuk mengesahkan kemenangan set pertama 11-21.

Zii Jia kemudian bangkit memperkemaskan permainan untuk mengikat kedudukan 21-13 dan selepas melepasi jerih tiga set sengit ketika mengatasi Jason Teh biarpun diselubungi masalah sakit perut semalam, dia sekali lagi perlu melalui ujian getir aksi penentuan.

Kedua-dua pemain tidak melepaskan mata mudah dalam set terakhir itu.

Sejurus tiga mata dijarakkan dengan Naraoka, pemain kelahiran Kedah tersebut pula mula merapati jurang sebelum mengikat kedudukan 8-1 dan 13-13.

Dan tempo itu perlahan pudar apabila Naraoka dibiarkan memungut tujuh mata berturut-turut untuk menutup aksi bertaraf super 500 berkenaan dengan kemaraan 21-14.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved