Terbuka Perancis: Atasi Indonesia, dua beregu lelaki negara ke final, penantian 22 tahun berakhir

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Perancis: Atasi Indonesia, dua beregu lelaki negara ke final, penantian 22 tahun berakhir

Dua beregu lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis selepas masing-masing menewaskan lawan dari Indonesia di Arena Grand Paris awal pagi tadi.

Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan masalah untuk menewaskan Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 untuk ke final.

Turut menempa tiket final ialah gandingan senior dan pilihan keenam kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang turut mudah mengatasi Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9.

Dengan kejayaan itu, Malaysia sah akan menjulang kejuaraan menerusi salah satu daripada dua beregu berkenaan dalam aksi final hari ini.

Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara memenangi Terbuka Perancis ialah menerusi Gan Teik Chai dan Koo Kien Keat pada 2004.

Kejayaan kali ini akan menyaksikan Malaysia menamatkan kemarau 22 tahun untuk bergelar juara Terbuka Perancis dalam sektor berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved