Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis

17 Oct 2026 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis
Seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditemukan maut, dibawa oleh anggota polis berhampiran kediaman di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu siasatan. Foto Bernama
Image from: Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis
Pemandangan sekitar kediaman di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, lokasi seorang pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya - Foto Bernama.
Image from: Terdapat tiga kesan tikaman di perut dan pipi, suspek tunjuk pisau diguna bunuh isteri - Polis
Seorang pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto Bernama

NILAI – Terdapat tiga tikaman yang ditemui pada anggota badan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah Kompleks Perumahan Awam di sini.

Mangsa ditemukan dengan dua kesan tikaman di bahagian kiri perut dan satu kesan tikaman pada pipi kanan, berdasarkan pemeriksaan awal di tempat kejadian.

Suspek berusia lingkungan 30-an yang dipercayai suami mangsa tampil menyerah diri kepada polis dan dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan perselisihan rumah tangga, susulan pertengkaran antara mangsa dan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami

Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami

Pegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiada

Pegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - Kakak

Berdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa pertengkaran berlaku selepas mangsa menyatakan hasrat untuk bercerai serta memaklumkan bahawa proses perceraian telah dimulakan ketika suspek masih menjalani hukuman penjara.

Pasangan itu dilaporkan telah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak berusia enam dan lima tahun.

Bagaimanapun, tarikh sebenar permohonan perceraian difailkan masih dalam proses pengesahan melalui dokumen rasmi berkaitan.

Dalam perkembangan siasatan, polis menemukan sebilah pisau di atas tilam di bilik utama kediaman mangsa selepas suspek menunjukkan lokasi senjata berkenaan.

Pisau itu disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian dan telah diambil untuk tindakan lanjut serta pemeriksaan forensik.

Punca kematian mangsa belum dapat dipastikan kerana bedah siasat dijadualkan dijalankan pada 17 Oktober 2026.

Siasatan masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved