Terengganu mula dilanda banjir, 118 mangsa dipindahkan

24 Nov 2026 • 8:04 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Terengganu mula dilanda banjir, 118 mangsa dipindahkan

KUALA TERENGGANU, 23 NOV: Terengganu menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Nerus susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal kini mula beroperasi dengan menempatkan 118 mangsa daripada 34 keluarga.

Daripada jumlah itu, 71 mangsa adalah dewasa, 43 kanak-kanak manakala empat lagi bayi.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan 9 malam tadi, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di lima daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang hingga 1 pagi.

Laman sesawang rasmi Public Infobanjir pula melaporkan empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan paras air sungai melebihi tahap waspada, iaitu stesen Kampung Bukit dan Kampung Langkap di Setiu, Rumah Pam Pulau Bahagia di Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Jeram dekat Kuala Nerus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved