Teresa Kok Tuntut Ganti Rugi RM25 Juta, Akmal Respon ‘Kita Jumpa Di Mahkamah’

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 4:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Hari ini (11 September), kami ada melaporkan laporan mengenai Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang tidak gentar jika Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempertimbang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ia berikutan respon Dr Akmal terhadap kenyataan Teresa mengenai isu pensijilan halal baru-baru ini.

Jelas Dr Akmal dalam satu video yang dimuat naik di Facebook miliknya, dia tidak takut dan bersedia untuk berhadapan dengan Setiausaha Publisiti DAP itu di mahkamah sekiranya Teresa mahu mengambil tindakan undang-undang.

Teresa Minta Ganti Rugi RM25 Juta

Terbaharu, Teresa telah mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi (LOD) RM25 juta kepada Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu.

Menerusi notis yang dihantar oleh peguam Teresa, Sankara Nair and Partners, dia turut menuntut agar Dr Akmal membayar kesemua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman terbabit.

Teresa Dakwa Akmal Putar Belit Kenyataan

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya itu, Teresa mendakwa kenyataannya berhubung isu pensijilan halal telah diputar belit oleh Dr Akmal.

“Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi,” tulis mereka dalam notis itu, lapor Malaysia Gazette.

Dr Akmal Sedia Jumpa Teresa Di Mahkamah

Tuntutan itu disahut oleh Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook miliknya sebentar tadi.

“Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender (tidak takut, tidak mengalah),” tulisnya.

Ok nyonya Kita jumpa di mahkamah No fear no surrender #drakmalsaleh

Posted by Akmal Saleh on Tuesday 10 September 2024

Terdahulu, Dr Akmal menerusi satu video di Facebook miliknya menempelak respon Teresa berhubung cadangan untuk menwajibkan pensijilan halal di premis makanan.

Tegas Dr Akmal, tindakan Teresa itu boleh menganggu-gugat keharmonian negara.

Lebih mencuri tumpuan, Dr Akmal menerusi hantaran tersebut turut menggelarkan Teresa sebagai ‘Nyonya Tua’ dan meminta agar kerajaan menyediakan logo ‘non-halal’ untuk ditampal di dahi Teresa.

Baca Artikel Berkaitan:

Source: