Teresa Kok Tuntut Ganti Rugi RM25 Juta Terhadap Akmal Saleh

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 5:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Naib Presiden DAP, Teresa Kok mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dengan menuntut Ketua Pemuda UMNO itu membayar ganti rugi sebanyak RM25 juta, pada Rabu.

image is not available

Foto: theSun

Menurut laporan Sinar Harian, LOD yang dikemukakan menerusi Tetuan SN Nair itu adalah berhubung kenyataan fitnah Muhammad Akmal dalam satu video dikongsikan di aplikasi TikTok pada Sabtu lalu.

image is not available

Foto: theSun

Berdasarkan LOD tersebut, peguam Sangkara Nair berkata Muhammad Akmal membuat kenyataan yang merujuk kepada anak guamnya secara langsung dan tidak langsung dengan gelaran kurang baik.

Sangkara berkata, Teresa mendakwa rakaman tersebut telah mendapat lebih daripada 720,500 tontonan, dengan 75,000 tanda suka, 9,314 komen, 6,162 kegemaran dan sebanyak 8,784 perkongsian.

Katanya, kenyataan itu diterbitkan semula melalui pelbagai saluran media sosial termasuk portal berita.

“Ulasan berkenaan adalah palsu, melampau, keterlaluan, keji dan mengelirukan termasuk mencemarkan nama baik anak guam secara serius.

“Jika kami tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tujuh hari, tindakan undang-undang akan dibuat terhadap pemimpin UMNO tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Teresa mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas mendakwa Muhamad Akmal mahu menampal logo tidak halal pada dahinya.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved