Tergamak Seksa Dan Bakar Anjing, Polis Kini Tahan Remaja Lelaki

14 Apr 2023 • 10:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sanggup pukul dan dera anjing

Tergamak Seksa Dan Bakar Anjing, Polis Kini Tahan Remaja Lelaki. Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, atas pertuduhan, memukul dan membakar seekor anjing betina di Johor Bahru, 27 Mac lalu.

Tertuduh, Braden Yap Hong Sheng, 18 tahun, membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

image is not available
Tergamak Seksa Dan Bakar Anjing, Polis Kini Tahan Remaja Lelaki. Kredit: RTM

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan dilakukan di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, pada pukul 1.49 minit pagi, melibatkan Braden, secara kejam menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya kepada anjing tersebut.

Pelaku bakal berdepan hukuman

Pemeriksaan mendapati haiwan berkenaan berada dalam keadaan ketakutan, serta terdapat kesan lebam, dan terbakar di peha kiri, luka pada kaki hadapan, dan pendarahan di mata kiri.

Hakim menetapkan 18 April ini sebagai tarikh mendengar hukuman yang akan dikenakan terhadap tertuduh.

image is not available

Tertuduh diwakili peguam G.K Sritharan, manakala kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd Zamri Ishak.

Kes dijalankan mengikut Seksyen 29 (1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015, dan tertuduh boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum, RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua– duanya sekali.

Baca lagi artikel menarik: