Terhakis Perasaan Hormat, Tidak Hormati Undang-Undang Jalan Raya Punca Kemalangan

LocalPolitics
11 Apr 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Berlakunya kemalangan sebab hilangnya perasaan hormat kepada pengguna jalan raya!

Itu kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurutnya, trend kemalangan kini dilihat cenderung berlaku kerana semakin terhakis perasaan hormat terhadap pengguna jalan raya.

image is not available

"Bukan saja tidak menghormati pengguna jalan raya lain, tetapi juga tidak menghormati undang-undang jalan raya menjadikan kadar kemalangan semakin bertambah buruk.

"Antara undang-undang yang semakin kurang dihormati seperti mematuhi had laju di lebuh raya dan melanggar lampu isyarat yang semakin banyak dilakukan oleh pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Selain penunggang motosikal, malah kenderaan pacuan empat roda serta kenderaan berat seperti bas dan lori juga dilihat tidak mematuhi had kelajuan ditetapkan sekaligus mewujudkan situasi bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

"Sikap tidak menghormati undang-undang sebegini jika tidak diberi perhatian bakal mewujudkan lebih banyak kecelakaan buat pengguna jalan raya.

image is not available

Sehubungan itu, beliau menggesa Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya (OPS HUU) diberi penekanan susulan sikap pengguna jalan raya yang semakin membimbangkan.

"OPS HUU sangat diperlukan bagi memastikan pengguna jalan raya lebih menghormati undang-undang dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekaligus menyelamatkan lebih banyak nyawa terkorban.