Pemandu Warga Emas Dakwa Pening Hingga Tak Sedar Bawa Van Sekolah Lawan Arus [Video]

LocalCars
9 Apr 2025 • 10:06 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap hari, ada sahaja ragam dan gelagat pengguna jalan raya yang dikongsikan oleh individu di media sosial.

Kebiasaannya, perkongsian itu menunjukkan sikap dan perangai ‘pelik’ segelintir pemandu yang boleh membahayakan orang lain.

Antaranya semalam (8 April), tular di media sosial video sebuah van sekolah yang dipandu lawan arus di sebuah lebuh raya.

Situasi itu nyata menjadi perhatian ramai memandangkan tindakan pemandu berkenaan mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Pemandu Telah Ditahan Polis, Dakwa Diri Pening Hingga Tak Sedar Lawan Arus

Terbaharu, pemandu van sekolah berkenaan ditahan polis gara-gara memandu kenderaan itu secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) tengahari semalam (8 April).

Lelaki yang berusia 70 tahun itu dikatakan memandu van sekolah berkenaan dari Jala Bagan Lalang menuju ke Jalan Raja Uda.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, sewaktu tiba di persimpangan Jalan Bagan Lalang memasuki BORR, pemandu berkenaan mendakwa dirinya berasa pening.

“Dia kemudian tanpa sedar meneruskan perjalanan secara melawan arus di BORR sehinggalah ditahan polis di Kilometer (KM) berhampiran Kampung Teluk, Sungai Dua.

🎥1️⃣ Warga emas dakwa berasa pening hingga tak sedar pandu van sekolah lawan arus di Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, tengah hari tadi sehingga perbuatannya tular di media sosial.

Posted by Traffic Info Crew on Tuesday 8 April 2025

Tiada Penumpang Dalam Van Sekolah & Kemalangan Yang Dilaporkan

Difahamkan ketika kejadian, tiada penumpang atau pelajar sekolah yang berada dalam van berkenaan.

“Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan akibat perbuatan pemandu van ini.

“Pemandu van kemudian ditangkap dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Trafik untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPU di talian 04-5757946.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan van sekolah tersebut dipandu secara melawan arus di lorong kanan hingga menyebabkan beberapa kenderaan lain terpaksa mengelak.

Walau bagaimanapun, tindakan pemandu van itu berjaya dihalang oleh sebuah kereta peronda polis yang mengawal lalu lintas sebelum dia ditahan.

🎥2️⃣ Warga emas dakwa berasa pening hingga tak sedar pandu van sekolah lawan arus di Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, tengah hari tadi sehingga perbuatannya tular di media sosial.

Posted by Traffic Info Crew on Tuesday 8 April 2025

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SEBERANG PERAI UTARA Kes viral memandu secara melawan arus di Lingkaran Luar Butterworth #polisdanmasyarakatberpisahtiada

Posted by IPD Seberang Perai Utara on Tuesday 8 April 2025

Source: