Terima 30 Jahitan, Ini Keadaan Terkini Jairo

LocalFootball
18 Apr 2026 • 11:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Terima 30 Jahitan, Ini Keadaan Terkini Jairo

Terima 30 Jahitan, Ini Keadaan Terkini Jairo

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva terpaksa menerima 30 jahitan di bibir atas selepas insiden dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang wakil Arab Saudi, Al-Ahli semalam, lapor Stadium Astro.

Pemain kelab Selatan tanah air itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri, terlibat dalam insiden hentakan di muka dan kepala akibat sepakan daripada gerakan akrobatik Ali Majrashi.

Tonggak kelahiran Brazil itu rebah dan terpaksa diusung keluar padang untuk mendapatkan rawatan segera sewaktu kejadian.

Meninjau video di X, Jairo membalas pertanyaan doktor terhadap kondisi dirinya ketika ini.

Pemain itu juga dilaporkan stabil dan dalam pemantauan rapi oleh pakar bedah, Dr. Haitham Khan.

JDT Gagal Layak Ke Separuh Akhir, Tewas Kepada Wakil Arab Saudi

Kelab dari Arab Saudi, Al-Ahli menepati ramalan apabila mengesahkan slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 di King Abdullah Sports City Hall Stadium, Jeddah malam tadi.

JDT membuka gol (tunggal) terlebih dahulu selepas bola ditampan pemain Al-Ahli ke dalam gawang sendiri.

Bagaimanapun, Franck Kessie menanduk masul gol untuk meletakkan wakil Arab Saudi itu kembali menyamakan kedudukan sebelum Galeno muncul wira dengan jaringan kedua kelab berkenaan.