Admin Kongsi Keadaan Terkini Ustaz Kazim Elias

LocalHealth & Fitness
16 Apr 2026 • 12:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, semalam.

Menurut laporan Kosmo, perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh pentadbir rasmi beliau di Instagram.

Keluarga yang berbahagia Datuk Ustaz Kazim mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua. Alhamdulillah, beliau stabil setakat ini.

Tiada pelawat dibenarkan buat masa ini

Image from: Admin Kongsi Keadaan Terkini Ustaz Kazim Elias
Kredit Foto: IG | Ustaz Kazim Elias

Dalam masa sama, pihak keluarga memohon agar orang ramai memahami situasi semasa apabila tiada pelawat dibenarkan untuk melawat beliau buat masa sekarang.

Harap maaf, tiada pelawat yang dibenarkan melawat buat masa sekarang. Harap faham.

Orang ramai diminta terus doakan Ustaz Kazim Elias

ustaz kazim

Sebelum ini, berita kemasukan Ustaz Kazim ke ICU telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan orang ramai.

Malah, pentadbir DUKE turut memohon agar semua pihak terus mendoakan kesihatan beliau agar kembali pulih seperti sediakala.

Pssttt! Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai. Sama-sama kita doakan yang baik-baik dan hormati privasi keluarga ketika waktu sukar.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Admin Kongsi Keadaan Terkini Ustaz Kazim Elias appeared first on Oh! Media.